Cara permainan.(Cucuk Benang)


1) Sekiranya nombor wau dipanggil para pelayang hendaklah bersiap sedia untuk membuat penerbangan dan pencatat nombor akan menyemak nombor sebelum diterbangkan.


2) Pencatat nombor akan memberi isarat untuk bersiap sedia dan penjaga masa akan meniup wisel untuk penerbangan. Wau diterbangkan dengan ukuran benang 100 meter.Sekiranya benang tidak mencukupi 100 meter pengadil berhak menbatalkan wau tersebut.setiap kumpulan menpunyai 10 atau 14 wau.Juru masa akan memberi masa yang ditetapkan sebelum diikat di pancang.


3)Juru ikat akan mengambil kesemua benang wau dan diikat di pancang.Setelah benang diikat di pancang juru masa akan memasukan tempurung ke dalam air.
4)Juru cucuk akan bersiap sedia untuk menyucuk benang.


5) Juru cucuk akan bersiap sedia untuk menyucuk benang.Juru masa akan meniup visel setelah tempurung tenggelam sepenuhnya.Juru cucuk akan menyucuk empat benang tertegak apabila juru masa meniup wisel.
6) Juru catat akan mengambil nombor wau yang tertegak untuk masuk ke pusingan seterusnya. sekiranya tidak dicucuk dianggap kalah.
7) Juru atur akan menyusun wau untuk penebangan seterusnya.








Syarat dan Peraturan wau tegak.

1) Terbuka kepada individu atau berkumpulan

2)Layang –layang mestilah tidak kurang daripada 4 – 6 kaki.

3)Benang tangsi putih saja dibenarkan

4)Benang hendaklah diukur ditempat yang disediakan dan ditandakan dengan reben.

5) Sekiranya pengadil Menangkap kurang /lebih dari 4 pemenang, keputusan tersebut tetap diterima.

6) Layang – layang yang benang terputus selepas pengadil mengesahkan kemenangannya tetap diterima kepusingan seterusnya.

7)Sekiranya benang terputus sebelum tempurung tenggelam dikira kalah.

8)Layang – layang yang kalah boleh didaftarkan semula selagi masa pendaftaran belum tamat.

9) Layang – layang yang layak ke pusingan seterusnye hendaklah disahkan dimeja urusetia.

10) Layang – layang yang tidak disahkan oleh urusetia dilarang diterbangkan.

11) Sekiranya ribut,hujan dan tiada angin pemenang akan ditentukan melalui undian atau layang – layang lambat turun (poncot)

12) Layang – layang yang bermotifkan politik tidak dibenarkan sama sekali.

13) Segala masalah boleh rujuk ke meja urusetia.

14) Urusetia berhak meminda syarat – syarat pertandingan.

15) Segala bantahan mesti disertakan dengan wang cagaran sebanyak Rm 500.00.

16) Sekiranya bantahan diterima wang cagaran akan dikembalikan semula dan sebaliknya.
Category: 0 comments

Sejarah Wau

Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi oleh Sang Jaya. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara. Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengan cara menerbangkan wau di angkasa. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir.
Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak. Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila telah besar, bayi tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik. Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli nujum, ahli nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulan untuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.

JENIS WAU
Wau-wau yang dihasilkan adalah berdasarkan motif tertentu mengikut saiz dan bentuk yang digemari. Jenis-jenis dan ciri-ciri wau seperti di bawah:

Wau bulan
wau yang paling popular.
saiz yang paling besar jika dibandingkan dengan wau yang lain.
berbentuk seperti bulan sabit di bahagian ekornya, manakala di bahagian labunya.

Wau burung
reka bentuknya unik kerana menyamai bentuk burung yang sedang terbang.
bentuk burung yang menjadi pilihan adalah bentuk burung merak dan burung helang.

Wau kucing
warnanya lebih gelap dan terdapat jurai-jurai halus di bahagian ekornya.
warna dan bentuk yang tidak begitu menarik, menjadikan wau ini tidak popular dan kurang digemari.

CARA BERMAIN

Terdapat dua cara permainan wau. Ada yang bermain hanya untuk hiburan sahaja. Tidak kurang juga yang bermain untuk pertandingan. Pengadilan pertandingan dibuat berdasarkan ketinggian atau arah terbangan wau, kemahiran peserta menaikkan wau, bunyi yang dihasilkan dan lakaran gambar yang naik secara menegak. Terdapat juga pertandingan wau cantik. Pertandingan wau cantik pula diadili dengan cara melihat keunikan dan kekreatifan pembuat wau. Wau yang diadili tidak perlu diterbangkan. Oleh itu, tiada pemarkahan dibuat pada tahap ketinggian, bunyi dan arah terbangan wau.
Selain pertandingan wau yang terbang tinggi dan wau cantik, ada juga pemain yang bertanding dengan cara menjatuhkan wau pihak lawan. Serbuk kaca akan diletakkan pada tali wau dan apabila tali tersebut bergesel dengan tali wau pihak lawan, ia akan terputus. Wau yang jatuh dianggap kalah dalam pertandingan tersebut.
Untuk menaikkan wau melibatkan dua orang yang dikenali sebagai juruanjung dan jurumain tali. Juruanjung memegang tali, manakala jurumain tali memegang wau 15 hingga 25 meter dari juruanjung. Langkah pertama untuk menaikkan wau adalah memastikan keseimbangan wau. Setelah wau benar-benar seimbang, jurumain tali akan melepaskan wau dan juruanjung akan menarik tali tersebut sambil berlari. Semasa wau dinaikkan, tali akan sentiasa dihulur agar wau mencapai ketinggian yang paling maksimum iaitu sehingga 500 hingga 600 meter ke udara. Setelah yakin dan berpuas hati dengan ketinggian wau, juru anjung akan mengikat tali wau di pangkal pokok dan meninggalkannya untuk menikmati kemerduan bunyinya.
Category: 0 comments

Juara Pertandingan Tegak Terbuka Sungai Kelambu..


Peserta yang menjuarai pertandingan wau tegak terbuka Sungai Kelambu.Tempat pertama dimenangi oleh (Kumpulan Kompang)Kampung Tanjung Sepat dimana waunye berwarna biru bersama wang RM 800 dan hamper.Tempat kedua dimenangi oleh (Jali FC) Kampung Jalan Kebun dimana wau yang berwarna Belang warna merah dan kuningBersama wang Rm 500 dan bersama hamper.Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 10 Sijangkang dimana waunye berwarna belang hitam,hijau oren bersama wang Rm300 dan hamper.Bagi tempat yang keempat hingga ke sepuluh mendapat saguhati Rm 50.00 dan hamper.bagi kesebelas hingga ke duapuluh juga mendapat saguhati berbentuk hamper.

Category: 0 comments

Corak Wau Kapal..

Corak Wau Kapal bertemakan Selangor maju.





Category: 2 comments

Kain Rentang


Tempat di Stadium Sabak Bernam..
Category: 0 comments

Final wau burung


Wau burung yang layak masuk pusingan Grand final kategori wau tagak di Kampung Banjar Teluk Intan Perak. `KARNIVAL WAU PERAK 2009'

Wau Kreatif



Katogeri wau kreatif semasa Sempena Karnival Wau Malaysia 2009 Di Bukit Tinggi 2 Klang.

pengasas wau Selangor

Wau cantik..


Wau cantik katogari kapal...
Category: 0 comments

Pertandingan Wau Tegak Terbuka Pantai Kelanang Banting











Wau kapal yang masuk ke final.